hye kengkawan... :)
skrg nie,kita brada dilaman seramnyerr...
jom ikuti kisah seram yg arepid nk kongsikan nie..
+POLONG HAJAH MONA+
"BANG! Bang! Bang! Bangun! Ade orang nk jumpe di bawah!" Isteri Pak Ngah menggoyangkan badan Pak Ngah yang kaku di katil. "Bang! orang da lame menunggu! Bangun!" Gerlah Pak Ngah trgesa-gesa.
"Sekejap! Sekejap! Saya bangun!" kata Pak Ngah. Isterinye terus meninggalkan bilik ke dapur meneruskan kerja-kerjanye.
Pak Ngah bangun terus ke pelantar membasuh muka. Sebaik sahaja selesai dia terus ke serambi rumahnye. Ada dua tiga orang duduk brbual-bual di bawah pokok jambu air dihadapan rumahnye.
Dia tidak pasti siapa mereka, yang jelas ketiga-tiganye memang sudah lame menunggu kerana rokok salah seorang dari mereka sudah hampir habis.
"Naiklah!" Pelawa Pak Ngah menjenguk ke luar jendela rumahnye.
"Takpelah. Kami di sini aje," jawab salah seorang dari mereka.
"Naiklah dulu, kita minum kopi O." Pelawa Pak Ngah.
Ketiga-tiganye tidak membuang masa naik ke rumah Pak Ngah. Mereka kelihatan gelisah, seolah-olah menghadapi masalah besar. "Apa ceritanye? Nampak macam ada hal penting nie?" Teka Pak Ngah brseloroh sambil menggulung rokok daunnye.
Ketiga-tiganye adalah penduduk kampung Pantai, Man Toyol, Ali Jaafar dan Rahim Dol. Mereka bukanlah orang asing, ada prtalian darah dengan Pak Ngah.
"Gini bang! Kami nie sebenarnye bimbang kerana dua tiga malam lepas kampung kita kena ganggu!" Ali Jaafar memulakan cerita.
"Ganggu?" Tanya Pak Ngah.
Mereka menganggukkan serentak mengiakan apa yang diperkatakan oleh Pak Ngah.
"Pencuri ke?" Tanya Pak Ngah lagi meminta kepastian dari ketiga-tiga delegasi yang mengunjungi rumahnye pagi itu.
"Bukan!" Celah Rahim Dol pantas.
"Kalau pencuri kami tak hairan bang! Kita boleh brjaga tapi benda lain," tingkah Man Toyol, nama sebenarnye Osman bin Ahmad. Disebabkan suke botakkn kepala, namanye ditukar oleh orang-orang kampung kepada Man Toyol.
"Habis! Apa yang mengganggu nie?" Tanya Pak Ngah hairan. Semuanye tidak mahu menjelaskan kerana mereka takut kalau-kalau Pak Ngah tidak percaya dengan cerita yang akan disampaikan nanti.
"Cuba cakap terus terang, apa yang nak ditakutkan. Kalau tidak jangan datang jumpa aku," kata Pak Ngah marah.
"Hantu bang! semalam kami pergi memancing , lalu dekat rumah Siti, nampak orang brpakaian serba putih brgayut di bawah rumah tu.
"Jadi, kami datang nak tengok apa halnye orang brgayut di bawah rumah. Waktu tu senja, baru masuk maghrib, apbila kami dekati, rupa-rupanye, emak dia! jelas Rahim Dol. "Takkanlah mak dia yang mati brtahun-tahun hidup semula, hantuuuu!" jerit Ali Jaafar ketakutan.
"Heh! Apa yang engkau takut sangat nie, di rumah aku nie," jerit Pak Ngah.
"Maaf bang! Saya trnampak-nampak wajah emak Siti yang tak brdaging lagi, gerun!" kata Ali Jaafar.
"Dua malam lepas tu, Mira anak Haji Seman tak sedarkan diri meracau menyebut name Siti. ia suruh Siti pulangkan jarum. Lepas tu meninggal dunia," cerita Rahim.
"Kami dah bincangkan, kalau Pak Ngah tak tolong habislah kampung kita. Mati memang sume orang akan mati, tapi cara dia mati amat menggerunkan," kata Man Toyol.
"Betul bang, kita memang menerima takdir Allah tapi kita kenalah brikhtiar mengatasi masalah ni," kata Ali Jaafar. "Apa yang aku boleh buat, aku manalah tahu nak jaga kampung dan sebagainye, itu kerja pemimpin kampung kita, aku nie, kalau brtawakal bolehlah," kata Pak Ngah.
Ketiga-tiga pemuda ini trsenyum menampakkan giginye apbila Pak Ngah merendah diri. Inilah sifat orang Islam yang briman, tidak pernah bongkak.
"Bang!" Ali Jaafar brsuara lembut. "Kami datang ke tempat yang betul rase-rasenye, trpulanglah pada abang, kami nie memanglah tak tahu ape-ape trserahlah pada abang."
Pak Ngah trdiam, tunduk sambil merenung tikar mengkuang yang sudah layu bunganye. Tikar itu dianyam oleh isterinye. Dia memang trkenal pandai dalam hal kerja-kerja tangan. Seluruh rumah itu dipenuhi oleh tikar mengkuang yang dianyam dalam satu corak. sekali imbas memang disangka tikar getah.
"Begini ajelah, aku cuba sedaya upaya aku, tapi janganlah mengharap ape-ape kerana itu sume ditangan Allah. Kita berhak brusaha menentukannye Allah," kata Pak Ngah.
"Kami faham bang! Kalau perlukan ape-ape prtolongan yang difikirkan layak untuk kami, cakaplah, bile-bile masa untuk kebaikkan kita brsama," tambah Ali Jaafar.
Brsambung >>>
seramnyerr
Subscribe to:
Posts (Atom)